Isnin, 5 September 2016

KEMBARA SYAWAL 1437H

Alhamdulillah.
2016 adalah tahun terbaik dan terindah.  hadiah paling indah pastinya dari Allah.
Satu lagi perkara yang tidak berani saya impikan, tidak terlintas di fikiran akan melakukan, tiada keyakinan yang saya mampu memilikinya, iaitu kemahiran memandu dan memiliki kenderaan sendiri.

Terima kasih ya Allah kerana meletakkan saya di sini.  Lebih hampir dengan keluarga, semakin hampir dengan impian dan cita-cita. Mulai Mei 2016, saya tidak lagi bersendirian dalam kembara kerana saya diberi teman iaitu sebuah Axia. Saya namakan dia Yaya.  Hee hee...

Syawal kali ini, saya terjebak dengan satu Group Whatsapp, Suara Pendidik Johor, yang membawa kepada pertemuan sebenar.  Walaupun tidak aktif secara online, saya sering memasang 'telinga' atau mata untuk mencari ilmu, berkongsi pengalaman dan idea.  Akhirnya kami bersua di bulan yang indah ini.  Alia, Farixa, Siti Khadijah, Aliza, Suzie, Ana, MJ, Cikgu Hatta, Cikgu Ben.  Rakan pendidik dari seluruh pelusuk negeri yang indah. Johor Darul Takzim.

Ya Allah, semoga ukhuwah kami berpanjangan di bawah inayah, hidayah dan redhaMu dan semoga kami mampu melunaskan amanah untuk mendidik anak watan amnya dan Bangsa Johor khasnya. Amin.























Rakan kembara saya. Teman suka dan duka dalam perjalanan mencari redha Ilahi. Semoga ada manfaat kami di sini.  Hazihi min fadhli Rabbina. 









Atuk Udah, suami atuk saudara sebelah ayah. Isterinya bersaudara dengan arwah atuk Ruhmi.  Mereka antara tetamu tetap ayah setiap Syawal.   Semoga dikurniakan Allah kesihatan dan rezeki buat insan yang hebat ini namun sentiasa merendah diri dan sudi menjadi tetamu kami.









Aqeel Harith lebih suka berada di bawah kenderaan. Mekanikkah?



Hilman (adik Aqeel) menunggang dengan mata bersinar-sinar.
























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan